Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2011 yang dihasilkan oleh di mana ada rezeki di situlah ramai orang.

136 KB – 11 Pages

PAGE – 1 ============
1BAHASA MELAYU (1148) 1 OBJEKTIF PENILAIAN Peperiksaan Bahasa Melayu GCE Peringkat Biasa bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian dan kecekapan calon dalam bidang bahasa berdasarkan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah 2011, Kementerian Pendidikan. Peperiksaan Bahasa Melayu bertujuan untuk menilai keupayaan calon: (a) mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam situasi formal dan tidak formal termasuk dalam siaran media massa serta memberikan respons yang wajar; (b) bertutur dengan fasih dan jelas dengan menggunakan sebutan baku dan memberikan pendapat serta hujah-hujah yang kritis untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; (c) berinteraksi secara lisan dengan fasih dan jelas dengan menggunakan sebutan baku untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; (d) membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan cetak dan bukan cetak serta bahan digital untuk memperoleh dan memproses maklumat dan menyampaikannya dengan berkesan sesuai dengan tujuan, khalayak dan situasi; (e) menulis teks pelbagai genre dengan jelas dan berkesan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; (f) berinteraksi melalui penulisan dengan jelas dan berkesan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; dan (g) menggunakan bahasa baku yang merangkumi tatabahasa, ejaan dan tulisan, kosa kata, istilah, laras bahasa dalam konteks dan aktiviti yang berbeza-beza. 2 HASIL PEMBELAJARAN Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2011 yang dihasilkan oleh Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, pada akhir pendidikan sekolah menengah kursus Bahasa Melayu GCE Peringkat Biasa, pelajar harus berupaya untuk: (a) mendengar, memahami dan menghayati pelbagai jenis teks untuk menjalankan tindak balas berdasarkan pelbagai konteks, tujuan, khalayak dan situasi secara lisan atau bukan lisan; (b) bertutur dengan jelas, lancar dan berkesan sesuai dengan tujuan, khalayak dan konteks dengan menggunakan sebutan baku dan boleh berinteraksi sosial terutama tentang hal-hal serantau dan dunia dengan bertatasusila; (c) berinteraksi secara lisan dengan fasih dan jelas dengan menggunakan sebutan baku untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; (d) membaca pelbagai jenis teks dengan jelas dan betul bagi tujuan pemahaman dan penghayatan dan memberikan respons yang sesuai berdasarkan tujuan, situasi dan khalayak; (e) menulis pelbagai jenis teks secara berkesan, dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai dan berkesan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; dan (f) berinteraksi melalui penulisan dengan jelas dan berkesan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi.

PAGE – 2 ============
23 FORMAT PEPERIKSAAN Format peperiksaan bagi Bahasa Melayu GCE Peringkat Biasa terbahagi kepada: Kertas 1: Penulisan Fungsional dan Penulisan Esei Kertas 2: Penggunaan Bahasa dan Kefahaman Kertas 3: Lisan dan Kefahaman Mendengar Kertas 1: Penulisan Fungsional dan Penulisan Esei Π60 markah (30%) Kertas 1 mengandungi dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Calon dikehendaki menjawab dua soalan; satu daripada Bahagian A dan satu lagi daripada Bahagian B. Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam. Kamus yang diluluskan boleh digunakan. Bahagian A: Penulisan Fungsional Π20 markah (10%) Calon dikehendaki menjawab satu daripada dua soalan yang dikemukakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 120 patah perkataan. Calon harus menjawab soalan dalam format e-mel: РE-mel Tidak Fornal Calon dikehendaki menulis respons kepada e-mel peribadi. РE-mel Formal Calon dikehendaki menulis e-mel formal berdasarkan maklumat yang diberikan. Sebagi contoh, kepada ruangan forum, untuk melaporkan insiden kepada pihak sekolah dan lain-lain lagi. Bahagian B: Penulisan Esei Π40 markah (20%) Calon dikehendaki menulis sebuah karangan deskriptif, ekspositori atau naratif dengan menggunakan sekurang-kurangnya 240 patah perkataan. Kertas 2: Penggunaan Bahasa dan Kefahaman Π70 markah (35%) Kertas 2 mengandungi tiga bahagian; Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit. Bahagian A: Penggunaan Bahasa Π30 markah (15%) РPengimbuhan Π10 markah (5%) Bahagian ini mengandungi lima soalan. Calon dikehendaki membubuhkan lima patah perkataan yang digarisi dengan imbuhan yang tepat. РPeribahasa Π10 markah (5%) Bahagian ini mengandungi lima soalan berbentuk mengisi tempat koso g. Calon dkehendaki memberikan peribahas a yang tepat berdasarkan konteks yang diberikan. РGolongan Kata Π10 markah (5%) Bahagian ini mengandungi lima soalan tatabahasa berbentuk melengkapkan teks. Calon dikehendaki memberikan perkataan yang tepat berdasarkan teks yang diberikan.

PAGE – 3 ============
3Bahagian B: Kefahaman 1 Π10 markah (5%) Bahagian ini mengandungi lima soalan kefahaman berbentuk aneka pilihan (MCQ).Calon dikehendaki menjawab soalan berdasarkan 1-2 teks seperti iklan, brosur, poster,risalah, menu dan lain-lain lagi. Bahagian C: Kefahaman 2 Π30 markah (15%) Bahagian ini mengandungi 10 soalan berbentuk respons bebas berdasarkan satu teksnaratif. Calon dikehendaki menjawab enam soalan kefahaman. Bagi soalan kosa kata, empat perkataan dan/frasa dikenal pasti dan calon dikeh endaki memberikan maksudperkataan/frasa tersebut mengikut konteks yang diberikan.Kertas 3: Lisan dan Kefahaman Mendengar Π70 markah (35%) Kertas 3 mengandungi dua komponen. Lisan: 70 markah (35% )Peperiksaan Lisan terdiri daripada dua bahagian. Masa yang diperuntukkan adalah lebih kurang 15 minit. Calon diberi masa persiapan selama 10 minit.- Bahagian A: Bacaan Lantang Π10 markah (5%) Calon dikehendaki membaca lantang petikan karangan yang dipaparkan pada skrin komputer. РBahagian B: Perbualan Π40 markah (20%) Calon dikehendaki menonton klip video pendek (55-60 saat) dan berbual dengan pemeriksa lisan berdasarkan topik yang berkaitan dengan tema klip video yang telah ditonton. Kefahaman Mendengar: 20 markah (10%) Bahagian ini mengandungi 10 soalan berbentuk aneka pilihan (MCQ). Calon dikehendaki menjawab soalan berdasarkan 6 teks autentik pelbagai genre seperti rencana, iklan, pengumuman, cerpen dan lain-l ain lagi. Tiga daripa da teks tersebutmerupakan teks pendek (satu soalan bagi setiap teks pendek). Masa yang diperuntukkan adalah lebih kurang 30 minit.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk jadual Pengkhususan yang disediakan.

PAGE – 4 ============
44 JADUAL PENGKHUSUSAN Kertas (Masa) Komponen Jenis Item Jumlah Soalan (Jumlah soalan yang perlu dijawab) Markah (Timbangan) Penerangan 1 (2 jam) Karangan Bahagian A Penulisan Fungsional menggunakan format e-mel E-mel Tidak Formal E-mel Formal Respons Bebas 2 (1) 20 (10%) Panjangnya e-mel haruslah tidak kurang daripada 120 patah perkataan. Calon dikehendaki menulis respons kepada e-mel peribadi. Berdasarkan maklumat yang diberikan, calon dikehendaki menulis e-mel formal. Bahagian B Penulisan Esei Deskriptif Ekspositori Naratif 3 (1) 40 (20%) Panjangnya karangan haruslah tidak kurang daripada 240 patah perkataan. Jumlah 5 (2) 60 (30%) 2 (1 jam 30 min) Penggunaan Bahasa dan Kefahaman Bahagian A Penggunaan Bahasa Pengimbuhan Peribahasa Golongan Kata Respons Bebas FIB FIB 5 (5) 5 (5) 5 (5) 10 (5%) 10 (5%) 10 (5%) Bahagian B Kefahaman 1 MCQ 5 (5) 10 (5%) 1-2 teks pendek berdasarkan bahan autentik. Sebagai contoh, iklan, brosur, poster, risalah, menu dan lain-lain lagi. Bahagian C Kefahaman 2 OE 10 (10) 30 (15%) 1 teks naratif Jumlah 30 (30) 70 (35%)

PAGE – 5 ============
5 Kertas (Masa) Komponen Jenis Item Jumlah Soalan (Jumlah soalan yang perlu dijawab) Markah (Timbangan) Penerangan 3 (15 min) (Lebih kurang 30 min) Lisan & Kefahaman Mendengar Lisan Bahagian A Bacaan Lantang OE 1 (1) 10 (5%) Calon dikehendaki membaca lantang petikan karangan yang dipaparkan pada skrin komputer. Bahagian B Perbualan OE 1 (1) 40 (20%) Calon dikehendaki menonton klip video pendek (55-60 saat) dan berbual dengan pemeriksa lisan berdasarkan topik yang berkaitan dengan tema klip video yang telah ditonton. Kefahaman Mendengar MCQ 10 (10) 20 (10%) 6 teks termasuk 3 teks pendek; 1 soalan bagi setiap teks pendek. Jumlah 12 (12) 70 (35%)

PAGE – 6 ============
6SENARAI PERIBAHASA UNTUK P EPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA SN PERIBAHASA MAKSUD 1. ada gula adalah semut di mana ada rezeki di situlah ramai orang 2. ada kerak, adalah nasi tiap perbuatan tentu meninggalkan kesannya 3. air pun ada pasang surutnya keadaan hidup seseorang tidak tetap, adakalanya senang ada kalanya susah 4. alah bisa tegal biasa perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya 5. bagai hujan jatuh ke pasir kebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia atau tidak berbalas 6. bagai menelan mestika embun mendengar nasihat yang baik 7. bagaimana acuan begitulah kuihnya a. seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya b. keadaan sesuatu itu menurut asalnya 8. belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai 9. berani kerana benar, takut kerana salah bertindak kerana berada di pihak yang benar atau untuk menegakkan kebenaran 10. biar putih tulang, jangan putih mata a. mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam b. lebih baik mati daripada menanggung malu 11. burung terbang dipipiskan lada merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh 12. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung a. apabila kita menetap di sesebuah negeri (seperti kampung, masyarakat) kita perlulah mematuhi peraturan dan undang- undang di tempat tersebut b. segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati 13. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja 14. ditatang bagai minyak yang penuh sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

PAGE – 8 ============
8SENARAI PERIBAHASA UNTUK P EPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA SN PERIBAHASA MAKSUD 27. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk 28. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula 29. cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain 30. genggam bara api biar sampai jadi arang membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan 31. harapkan (mendengar) guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan 32. hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain 33. jauhari juga yang mengenal manikam orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang 34. jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada 35. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai (sepakat) 36. kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji 37. lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya 38. laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan 39. sekali air bah, sekali pasir berubah apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga 40. seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)

PAGE – 9 ============
9SENARAI PERIBAHASA UNTUK P EPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA SN PERIBAHASA MAKSUD 41. seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu 42. seperti tikus jatuh ke beras a. orang yang dapat kedudukan yang mewah b. seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain 43. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa 44. takut titik lalu tumpah hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar 45. air yang dingin juga yang dapat memadamkan api perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah 46. belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang cerdik dan rajin 47. baik membawa resmi ayam betina seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup 48. berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri 49. besar kapal, besar gelombang makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula tanggungjawabnya 50. biduk lalu kiambang bertaut lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula 51. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah a. pembahagian yang sama rata dan adil b. sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan 52. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik

PAGE – 10 ============
10SENARAI PERIBAHASA UNTUK P EPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA SN PERIBAHASA MAKSUD 53. jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih 54. jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun 55. kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar 56. kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya 57. melentur buluh biarlah dari rebung mengajar atau mendidik anak biarlah daripada kecilnya kerana apabila telah besar, keras hatinya dan perangainya susah dibentuk 58. membuang garam ke laut membuat sesuatu yang tidak memberikan faedah 59. meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga a. seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam melarat tetap berbudi dan berhati mulia b. meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga 60. nasi tak dingin pinggan tak retak orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak 61. pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar menggunakan masa dengan sebaik-baiknya 62. pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anak kecil 63. sebab buah dikenal pohonnya daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang 64. seperti harimau menyembunyikan kukunya orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya 65. seperti labah-labah cinta kepada telurnya perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan 66. belayar sampai ke pulau membuat pekerjaan sehingga sempurna 67. hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup

PAGE – 11 ============
11SENARAI PERIBAHASA UNTUK P EPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA SN PERIBAHASA MAKSUD 68. kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja 69. kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja 70. kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya 71. ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta orang yang mengikutkan hawa nafsunya akhirnya akan binasa 72. menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri menceritakan cacat cela kaum keluarga maka diri sendiri juga yang mendapat malu 73. pisang tidak berbuah dua kali manusia harus beringat-ingat supaya perkara yang tidak baik yang dialaminya tidak berulang lagi 74. rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita 75. seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berserak a. bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah b. menghukum hendaklah dengan seadil- adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berasa puas 76. tangan mencencang bahu memikul kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya 77. tiada rotan akar berguna kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga 78. tukang tidak membuang kayu orang yang cerdik, sayang akan sekalian macam orang kerana masing-masing ada gunanya 79. umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar 80. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yang di dalam tangan habis hilang

136 KB – 11 Pages