55 KB – 38 Pages

PAGE – 2 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 2 KKAANNDDUUNNGGAANN KKAANNDDUUNNGGAANN..22 PPEENNGGEENNAALLAANN44 BBAABB 11 ŒŒ MMIISSII DDAANN PPOOLLIISSII66 1.1 Misi.. ..6 1.2 Polisi ..6 1.3 Pemantauan dan penilaian7 BBAABB 22 ŒŒ SSUUMMBBEERR.1100 2.1 Kewangan dan belanjawan untuk perpustakaan sekolah..10 2.2 Lokasi dan Ruang.11 2.3 Perabut dan Peralatan..13 2.4 Peralatan Eletronik dan Alat Pandang Dengar14 2.5 Sumber 14 2.6 Polisi Pengurusan Koleksi14 2.7 Koleksi Bahan.15 2.8 Sumber Elektronik15 BBAABB 33 ŒŒ KKAAKKIITTAANNGGAANN1177 3.1 Kakitangan Perpustakaan..17 3.2 Peranan Pustakawan Sekolah..17 3.3 Peranan Pembantu Perpustakaan..18 3.4 Kerjasama di antara Guru dan Pustakawan Sekolah18 3.5 Kemahiran Kakitangan Perpustakaan.19 3.6 Tugas Pustakawan Sekolah..20 3.7 Piawaian Etika20 BBAABB 44 ŒŒ PPRROOGGRRAAMM DDAANN AAKKTTIIVVIITTII.2222 4.1 Program.. 22 4.2 Kerjasama dan Perkongsian Sumber dengan Perpustakaan Awam.23 4.3 Aktiviti diperingkat Sekolah23 PPeennggeettuuaa ddaann PPeerrppuussttaakkaaaann SSeekkoollaahh24 KKeettuuaa JJaabbaattaann ddaann PPeerrppuussttaakkaaaann SSeekkoollaahh.24 GGuurruu ddaann PPeerrppuussttaakkaaaann..25 PPeellaajjaarr ddaann PPeerrppuussttaakkaaaann..26

PAGE – 3 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 3 PPeenngggguunnaaaann IInntteerrnneett26 FFuunnggssii PPeemmbbuuddaayyaaaann PPeerrppuussttaakkaaaann SSeekkoollaahh..27 KKeerrjjaassaammaa ddeennggaann IIbbuu BBaappaa28 BBAABB 55 ŒŒ PPRROOMMOOSSII PPEERRPPUUSSTTAAKKAAAANN DDAANN PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN2299 5.1 Promosi. .29 5.2 Polisi Pemasaran29 5.3 Pendidikan Pengguna..30 5.4 Model Kemahiran Belajar dan Program Literasi Maklumat31 RRUUJJUUKKAANN3377

PAGE – 4 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 4 PPEENNGGEENNAALLAANN Manifesto Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO: Perpustakaan sekolah dalam pengajaran- pembelajaran untuk semua telah diterbitkan pada tahun 2000. Penerbitan ini telah mendapat sambutan yang baik di merata dunia dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa. Penterjemahan baru masih terus dilakukan da n pustakawan di seluruh dunia menggunakan manifesto ini untuk meningkatkan kedudukan taraf perpustakaan sekolah di sekolah, daerah dan negara sendiri. Kenyataan manifesto adalah: Kerajaan, melalui kementerian yang be rtanggungjawab terhadap pendidikan adalah digesa untuk merancang strategi, polisi dan perancangan yang menggunakan prinsip manifesto ini. Garis panduan baru ini telah diterbitkan untuk makluman pembuat dasar di peringkat kebangsaan dan tempatan di seluruh dunia, ju ga sebagai galakan serta bimbingan kepada masyarakat perpustakaan. Garis panduan ini telah ditulis untuk membantu sekolah melaksanakan prinsip yang dinyatakan dalam manifesto. Deraf manifesto ini telah melibatkan individu dari beberapa negara yang mempunyai latar belakang tempatan yang berbeza, dengan tujuan untuk memenuhi keperluan berbagai jenis sekolah. Garis panduan ini perlu dibaca dan digunakan dalam konteks tempatan. Bengkel telah diadakan semasa konferensi IFLA ; mesyuarat dan perbincangan telah diadakan di antara pakar secara bersemuka dan pengguna an email. Garis panduan ini adalah hasil daripada beberapa perbahasan, rundingan da n perbincangan di mana penyunting berasa terhutang budi dan berterima kasih kepada mereka yang terlibat. Mereka juga memberi penghargaan kepada ahli Jawatankuasa Perpustakaan Sekolah dan Pusat Sumber dan juga garis panduan daripada beberapa negara yang telah memaklumkan mengenai garis panduan IFLA/UNESCO terutamanya Garis Panduan Perpus takaan Awam yang diterbitkan oleh IFLA pada tahun 2001.

PAGE – 5 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 5 Pada tahun 2002, bahagian ini juga telah menerbitkan Perpustakaan Sekolah Hari ini dan Esok. Kami berharap manifesto, visi dan garis panduan ini akan menjadi asas untuk kecemerlangan perpustakaan sekolah di merata tempat. Tove Pemner Saetre Dengan Glenys Willars 2002 .

PAGE – 6 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 6 BBAABB 11 ŒŒ MMIISSII DDAANN PPOOLLIISSII fiPerpustakaan sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk semuafl 11..11 MMiissii Perpustakaan Sekolah menyediakan maklumat dan idea asas yang penting untuk kita berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju yang berasaskan maklumat dan pengetahuan. Perpustakaan sekolah melengkapkan pelajar dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan imaginasi untuk hidup sebagai rakyat yang bertanggung jawab. 11..22 PPoolliissii Perpustakaan sekolah perlu diurus bera saskan rangka kerja polisi yang jelas dan berstruktur. Polisi perpustakaan perlu digubal dengan mengambil kira polisi yang lebih meluas dan keperluan sekolah serta perlu melambangkan etos, tujuan dan objektif serta kenyataannya. Polisi akan mengambarkan secara spesifik bila, di mana, untuk siapa dan oleh siapa potensi keseluruhan perpustakaan menjadi kenyataan. Polisi perpustakaan sekolah dapat dilaksanakan jika seluruh masyarakat sekolah menyokong dan menyumbang kepada tujuan dan objektif yang dinyatakan dalam polisi. Oleh itu polisi perlu digubal dengan penglibatan dan perundingan sebanyak mungkin dari masyarakat sekolah, dan digunakan bersama secara meluas apabila diterbitkan. Melalui cara ini, falsafah, idea, konsep dan tujuan perlaksanaan dan perkembangan menjadi jelas dan difahami secara menyeluruh dan diperakui serta boleh digunakan secara berkesan dan penuh minat. Polisi mestilah menyeluruh dan boleh dilaksanakan. Ia tidak boleh digubal oleh pustakawan sekolah secara berseorangan, te tapi perlu bekerjasama dengan guru serta pengurusan atasan. Deraf garis panduan perlu dibincang secara meluas dan dibantu dengan perbincangan yang menyeluruh dan terbuka. Dokumen tersebut serta perancangan lanjutan akan menentukan se cara spesifik peranan perpustakaan dan kaitannya kepada aspek-aspek berikut:

PAGE – 8 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 8 Adakah perpustakaan sekolah mempunyai sumber yang mencukupi? Adakah perpustakaan berkesan secara kos? Berikut merupakan petunjuk prestasi, alat utama yang berguna untuk memantau dan menilai pencapaian tujuan perpustakaan. Petunjuk penggunaan: Pinjaman oleh setiap ahli masyarakat sekolah (khusus kepa da seorang pelajar dan pengajar) Jumlah lawatan ke perpustakaan sekol ah oleh seorang anggota masyarakat sekolah (seorang pelajar dan guru secara spesifik) Pinjaman setiap bahan (contoh: pertukaran bahan) Pinjaman setiap waktu pembukaan (semasa dan selepas waktu sekolah) Pertanyaan rujukan oleh seorang anggot a masyarakat sekolah (setiap pelajar dan tenaga pengajar) Penggunaan komputer dan sumber maklumat atas talian. Petunjuk sumber: Jumlah stok buku untuk setiap ahli masyarakat sekolah Peruntukkan terminal/komputer persendiri an untuk setiap ahli masyarakat sekolah Peruntukkan akses kepada bahan seca ra atas talian untuk setiap ahli masyarakat sekolah. Petunjuk sumber manusia: Nisbah kakitangan sepenuh masa dengan masyarakat sekolah Nisbah kakitangan sepenuh masa dengan penggunaan perpustakaan Petunjuk kualitatif: Kajian tinjauan kepuasan pengguna Kumpulan sasaran Aktiviti perundingan

PAGE – 9 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 9 Petunjuk kos: Kos seunit untuk melaksanakan fungsi, perkhidmatan dan aktiviti Kos kakitangan untuk melaksanakan setiap fungsi (contoh: pinjaman buku) Jumlah kos perpustakaan untuk setiap ahli masyarakat sekolah Peratusan jumlah kos perpustakaan da ri keseluruhan belanjawan sekolah Peratusan kos media dari keseluruhan jumlah kos perpustakaan Petunjuk perbandingan: Data perangkaan perkhidmatan perpustak aan dan perkhidmatan yang berkaitan perlu dibandingkan diantara sekolah sekolah ya ng mempunyai saiz dan ciri-ciri yang sama.

PAGE – 10 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 10 BBAABB 22 ŒŒ SSUUMMBBEERR fiPerpustakaan sekolah mesti mempunyai kewangan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan kakitangan terlatih, bahan, teknologi dan kemudahan. Penggunaan perpustakaan sekolah mestilah secara percumafl. 22..11 KKeewwaannggaann ddaann bbeellaannjjaawwaann uunnttuukk ppeerrppuussttaakkaaaann sseekkoollaahh Bagi memastikan perpustakaan menerima peruntukkan kewangan yang adil daripada kewangan sekolah, perkara-perkara berikut adalah penting: Memahami proses belanjawan sekolah Prihatin mengenai jadual pusingan belanjawan Mengenal pasti siapa kakitangan utama Menentu dan mengenal pasti keperluan perpustakaan. Rancangan belanjawan perlu merangkumi komponen-komponen berikut: Jumlah kewangan tertentu untuk sumber baru (contoh: buku, majalah dan bahan bukan bercetak); sejumlah kewangan untuk bahan promosi (contoh: poster) Jumlah kewangan tertentu untuk alat tulis dan bahan pentadbiran Jumlah kewangan tertentu untuk acara promosi Kos untuk kegunaan peralatan ICT, perisian dan kos pelesenan, jika peruntukan tersebut tidak termasuk dalam belanjawan keseluruhan ICT sekolah. Secara am, belanjawan untuk bahan perpustakaan, bagi setiap pelajar adalah 5% daripada keseluruhan belanjawan sekolah. Ini tidak termasuk gaji, perbelanjaan untuk pendidikan khas, kenderaan dan modal untuk baik pulih. Kos kakitangan boleh dimasukkan dalam kewangan perpustakaan tetapi bagi setengah sekolah, ia adalah lebih sesuai untuk dimasukkan dalam belanjawan am kakitangan. Bagaimanapun, adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa dalam menentukan anggaran kos kakitangan untuk perpustakaan ia mesti melibatkan guru perpustakaan. Jumlah kewangan yang diperuntukkan bagi kakitangan adalah berkait rapat dengan

PAGE – 11 ============
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 11 isu penting seperti jumlah jam perpustakaan dibuka, tahap dan jenis perkhidmatan berbagai yang mampu ditawarkan. Projek khusus dan pembangunan lain seperti rak baru memerlukan peruntukkan kewangan yang lain. Perbelanjaan tahunan mesti dirancang secara teliti dan berkait rapat dengan polisi rangka kerja. Laporan tahunan mestil ah mengambarkan penggunaan kewangan perpustakaan dan menjelaskan kecukupan perbelanjaan untuk menampung kerja dan pencapaian sasaran polisi. Pustakawan sekolah mesti jelas akan kepentingan kewangan yang mencukupi untuk perpustakaan dan perlu memaklumkannya kepada pengurusan atasan kerana perpustakaan menawarkan perkhidmatan untuk keseluruhan masyarakat sekolah. Adalah wajar kewangan ditambah berdasarkan perkara berikut: Saiz kakitangan dan koleksi perpustakaan adalah petunjuk terbaik kepada pencapaian akademik sekolah. Pelajar yang mencapai keputusan peperiksaan yang baik dalam peperiksaan umum datang dari seko lah yang perpustakaannya mempunyai kakitangan, buku, majalah dan media yang banyak tanpa mengambil kira faktor lain seperti ekonomi. 22..22 LLookkaassii ddaann RRuuaanngg Peranan penting perpustakaan adalah pendidikan dan ia perlu digambarkan melalui kemudahan, perabut dan peralatan. Ap abila hendak merancang bangunan sekolah yang baru dan mengubah suaian bangunan yang sedia ada, aspek fungsi dan kegunaan perpustakaan perlu diberi perhatian. Tiada satu ukuran umum yang boleh digunakan untuk kemudahan perpustakaan sekolah tetapi adalah berfaedah dan membantu jika satu formula tertentu digunakan sebagai asas untuk merancang anggaran per pustakaan baru atau perpustakaan yang hendak diubah suai bagi memastikan ia memenuhi keperluan sekolah dengan berkesan. Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan dan diambil kira semasa proses perancangan

55 KB – 38 Pages